'Anda akan melihat Benzema yang berbeza'

 Karim Benzema - Foto AFP
Karim Benzema - Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI Real Madrid, Carlo Ancelotti memberikan amaran bahawa penyerangnya, Karim Benzema akan tampil lebih tajam selepas kemenangan 2-0 menentang Real Valladolid pada Sabtu.

Penyerang berusia 35 tahun itu tampil cemerlang dengan meledak kedua-dua gol tersebut yang dijaringkan pada minit ke-83 dan ke-89.

"Saya melihat Benzema sangat bermotivasi, dan saya fikir anda akan melihat Benzema yang berbeza mulai sekarang pada 2023," kata Ancelotti.

Benzema telah mengumumkan persaraan daripada pentas antarabangsa selepas dia terlepas kejohanan Piala Dunia 2022 kerana kecederaan yang menyaksikan pasukan negaranya, Perancis muncul sebagai naib juara.

Namun, persaraan di pentas antarabangsa itu tidak menghalangnya untuk terus menampilkan prestasi terbaik bersama Los Blancos.

Dalam pada itu, Ancelotti mengakui gembira berjaya apabila menyaksikan pasukannya berjaya meraih tiga mata dalam aksi terakhir La Liga untuk tahun ini.

"Kami menamatkan tahun ini dan menjadi tahun yang menakjubkan dengan cara terbaik.

"Ia benar-benar sukar. Kami bermula dengan baik pada separuh masa pertama, kemudian kami mengalami kesukaran sebelum kembali menemui rentak di penghujung perlawanan.

Artikel Berkaitan:

"Ia agak biasa selepas anda kembali selepas bercuti panjang, ia bukan mudah," katanya.