Malaysia catat tujuh lagi kes import Covid-19

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 583 kes baharu Covid-19 di seluruh negara pada Jumaat dengan tujuh daripadanya melibatkan kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu meningkat kepada 5,026,164 kes.

Data sama turut merekodkan satu kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan angka keseluruhan korban meningkat kepada 36,853 orang.

Sementara itu, seramai 637 pesakit dirawat di hospital dengan 32 orang daripadanya ditempatkan di unit rawatan rapi.

Dalam pada itu, 16 orang daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 930 kes sembuh pula dilaporkan, menjadikan angka keseluruhan meningkat kepada 4,976,990 kes.

Artikel Berkaitan: