Budak paling gemuk di dunia hilang 100kg

Selepas tiga tahun, berat Arya turun dari 192kg kepada hampir 86kg.
Selepas tiga tahun, berat Arya turun dari 192kg kepada hampir 86kg.
A
A
A

JAWA BARAT - INDONESIA. Pernah digelar budak paling gemuk di dunia, Arya Permana, 13, kini mampu tersenyum selepas hilang lebih 100 kilogram (kg).

Tiga tahun lalu, berat Arya mencecah 192kg dan selepas beberapa inisiatif dilakukan beratnya turun kepada hampir 86kg.

Pada usia 10 tahun, kehidupannya tidak seperti kanak-kanak lain di mana dia sukar berjalan selain terpaksa bersekolah di rumah.

Disebabkan berat berlebihan mampu memberi risiko kepada nyawanya, kedua ibu bapa Arya memutuskan untuk membuat pembedahan pintasan gastrik.

Bapanya, Ade Somantri mengakui dia dan isteri memanjakan Arya sejak berusia lima tahun.

“Jika dia mahu minum atau makan makanan manis, kami beri sahaja. Jika dia mahu makan mi segera, kami masakkan untuknya,” katanya.

Menurut Ade, pada awalnya dia tidak mahu anaknya dibedah namun selepas doktor menerangkan dan menunjukkan prosedur pembedahan, dia akhirnya setuju.

“Jika dulu dia makan dua pinggan besar lima kali sehari, tetapi sekarang dia akan muntah jika makan berlebihan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi Arya, dia kini lebih gembira kerana boleh berjalan kaki ke sekolah dan bermain bersama rakannya. - Daily Mail