Rakyat Malaysia zahir penghormatan kepada Pele

Gambar Pele dipaparkan pada skrin gergasi sebelum perlawanan bola sepak L1 Perancis antara Olympique de Marseille dan Toulouse FC di stadium Velodrome di Marseille pada Khamis. - Foto AFP
Gambar Pele dipaparkan pada skrin gergasi sebelum perlawanan bola sepak L1 Perancis antara Olympique de Marseille dan Toulouse FC di stadium Velodrome di Marseille pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

RAKYAT Malaysia dari segenap lapisan masyarakat menyertai ahli politik, atlet dan kelab dunia dalam memberi penghormatan kepada legenda bola sepak Brazil Pele, memuji sumbangannya dan berterima kasih atas kegembiraan yang dibawanya kepada dunia bola sepak.

Pele, satu-satunya pemenang Piala Dunia tiga kali dalam sejarah, meninggal dunia pada Khamis pada usia 82 tahun selepas bergelut dengan kanser.

Seorang pengguna Twitter MD Zam menggunakan akaun @pekepmal69 mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Pele, sambil berkata bahawa dunia bersedih atas pemergian penyerang bola sepak legenda itu.

"Anda adalah satu-satunya! Semoga anda berehat dengan aman," menurut ciapannya.

Seorang lagi pengguna Twitter menggunakan akaun @Mohan666Rao menyifatkan Pele sebagai (Pemain Bola Sepak Terhebat Sepanjang Zaman), seorang pelopor dan antara pemain terbaik yang pernah wujud.

"Mendiang akan dirindui oleh berjuta-juta peminat," menurut ciapannya.

Sementara itu, @skumar176 berkata: RIP@Pele!.. Rekod dunia sebanyak 1,281 gol dalam 1,363 penampilan sepanjang karier selama 21 tahun, termasuk 77 gol dalam 92 perlawanan untuk Brazil! Yang Terhebat.

Pengguna Twitter, Sivan John sebaliknya berkata: "Baru menyedari bahawa pada Mei 2015, Pele dan Diego Maradona kebetulan berada di Kuala Lumpur untuk tugasan masing-masing. Tidak pasti jika mereka terserempak antara satu sama lain ketika berada di sini”.

Artikel Berkaitan:

Pele dikenali sebagai 'Raja', dengan menjaringkan ratusan gol sepanjang kariernya.

Pada 2000, badan induk bola sepak dunia, FIFA menamakannya sebagai pemain abad ini bersama-sama dengan Diego Maradona dari Argentina yang meninggal dunia pada 2020. - Bernama