[VIDEO] Legenda Pele meninggal dunia

Pele
Pele
A
A
A

LEGENDA Brazil, Pele, 82 tahun meninggal dunia di Hospital Albert Einstein, Sao Paulo, Brazil, pada Jumaat.

Pele dirawat secara rapi di hospital tersebut sejak lalu sebelum ini akibat kanser dihidapinya sejak September 2021.

Difahamkan, pemain terhebat sepanjang zaman itu meninggal dunia akibat kegagalan organ akibat kansernya.

Sementara itu, anak perempuan Pele, Kely Nascimento berkata: "Terima kasih atas segala-galanya kepada anda. Kasih kami kepada anda adalah abadi."

Pele atau nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, merupakan pemain terbaik sepanjang zaman.

Malah Pele juga muncul satu-satunya pemain yang merangkul tiga gelaran Piala Dunia, pada 1958, 1962, dan 1970.

Selain itu, Pele memiliki catatan 97 caps bersama Brazil manakala sebanyak 77 gol untuk Selecao.

Sementara di peringkat kelab Pele memulakan karier bersama Santos diikuti New York Cosmos, menjaringkan 757 gol, meski Santos mendakwa sang legenda itu sudah mencetak lebih dari 1,000 gol.

Artikel Berkaitan: