[VIDEO] Sultan Johor berkenan terima menghadap Perdana Menteri

Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Bukit Serene, pada pagi Jumaat.
Kenderaan yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Bukit Serene, pada pagi Jumaat.
A
A
A

JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, pagi Jumaat.

Ahli Parlimen Tambun itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 9.55 pagi dan disambut Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Kenderaan yang membawa Anwar kemudiannya tiba di Istana Bukit Serene pada jam 10.30 pagi.

Terdahulu, Sultan Ibrahim tiba di Istana Bukit Serene pada jam 9.34 pagi dan turut berangkat, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tiba 10 minit kemudian.

Untuk rekod, ia merupakan kunjungan hormat dan lawatan kerja pertama Anwar ke Johor selepas menjadi Perdana Menteri.

Sebelum ini, Pengerusi Pakatan Harapan itu melakukan lawatan kerja ke Johor pada November lalu bersempena Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Presiden PKR itu juga pernah menghadap Sultan Johor di Kuala Lumpur, tiga hari selepas dilantik menjadi Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

Anwar selesai sembah menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada jam 11.55 pagi.

Mengikut jadual, Perdana Menteri kemudiannya dijadualkan ke Kampung Melayu Majidee,Johor Bahru sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Melayu, Majidee.