Mangsa banjir terus menurun kepada 684 orang

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di seluruh negara menurun kepada 684 orang setakat jam 6 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di seluruh negara menurun kepada 684 orang setakat jam 6 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara menurun kepada 684 orang setakat jam 6 pagi Jumaat berbanding 705 orang pada Khamis.

Berdasarkan laporan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah tersebut melibatkan 121 keluarga di tiga negeri iaitu Sabah, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Data itu juga menunjukkan satu PPS aktif di setiap negeri berkenaan.

Ketika ini, Sabah merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 644 mangsa melibatkan 112 keluarga daripada satu daerah yang masih terkesan dengan bencana tersebut.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa terus merekodkan penurunan dengan 36 mangsa daripada lapan keluarga masih ditempatkan di PPS.

Seterusnya di Kuala Lumpur, seramai empat mangsa masih ditempatkan di PPS membabitkan satu keluarga.

Artikel Berkaitan: