Jalan ke perkampungan Orang Asli

No Image Caption
A
A
A
Tinjauan udara jalan darat untuk ke perkampungan masyarakat Orang Asli daripada suku Temiar di Pos Balar yang berada jauh di pedalaman dan di kawasan berbukit.

Lebih 200 penduduk Orang Asli di Kampung Perawas, Pos Balar, berada dalam kegusaran dan kebimbangan berikutan kehadiran seekor beruang dewasa dekat kawasan penempatan mereka sejak minggu lepas.

Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Pengurusan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Saiful Zahlan Muhamad Azmi yang ditemui ketika menyampaikan bekalan makanan kepada penduduk di Kampung Perawas berkata perkara tersebut telah diambil maklum oleh pihaknya dan akan mengadakan perbincangan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan).
Artikel Berkaitan:
Artikel Disyorkan