Banjir: Hanya dua PPS beroperasi di dua negeri malam ini

Anggota Pasukan Bomba Sukarelawan dan Badan Bukan Kerajaan membantu membersihkan asrama pelajar Madrasah Darul Bayan, Pondok Pinang Merah Paka, Dungun selepas banjir mulai surut di kawasan tersebut pada Sabtu. - Foto Bernama
Anggota Pasukan Bomba Sukarelawan dan Badan Bukan Kerajaan membantu membersihkan asrama pelajar Madrasah Darul Bayan, Pondok Pinang Merah Paka, Dungun selepas banjir mulai surut di kawasan tersebut pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Terengganu dan Sabah semakin pulih apabila hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di setiap negeri berkenaan setakat malam ini, manakala di Kelantan telah tutup sepenuhnya.

Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Masjid Kampung La di Besut masih kekal seramai 53 orang daripada 12 keluarga.

Kesemua mangsa dijangka berada di PPS itu dalam tempoh yang lama kerana kebanyakan rumah mereka dihanyutkan banjir.

Di SABAH, jumlah mangsa yang terjejas dengan fenomena air pasang besar menurun kepada 688 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2, Sandakan berbanding 1,454 orang berlindung di PPS sama, petang tadi.

Sementara itu di KELANTAN, PPS terakhir di Pusat Tarbiyah Pohon Buluh, Pasir Mas yang menempatkan 17 orang daripada lima keluarga petang tadi ditutup sepenuhya kira-kira 6.15 petang selepas kediaman kesemua mangsa banjir yang terjejas selamat untuk didiami semula. - Bernama
Artikel Berkaitan: