Putin henti eksport minyak ke negara laksana penetapan had harga

Vladimir Putin - Foto 123RF
Vladimir Putin - Foto 123RF
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin mengeluarkan dekri mengharamkan eksport minyak kepada negara-negara yang mengenakan dasar penetapan had harga bermula Februari.

Bekalan produk dan minyak Rusia kepada syarikat dan individu asing diharamkan jika kontrak itu "secara langsung atau tidak langsung menggabungkan mekanisme penetapan had harga", menurut dokumen yang diterbitkan pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Peraturan Kesatuan Eropah (EU) itu disokong oleh ekonomi terkemuka Kumpulan Tujuh (G7) dan telah dilaksanakan sejak awal Disember bagi memaksa Rusia menjual minyak pada harga maksimum AS$60 setong (159 liter).

Minyak mentah dari Rusia kini hanya boleh diimport ke negara-negara EU dalam kes-kes tertentu. - Bernama

Artikel Berkaitan: