Jumlah mangsa banjir di Kelantan menurun, dua negeri kekal

Penduduk membersihkan halaman rumah selepas air mulai surut ketika tinjauan Kampung Tersang, Rantau Panjang, pada Isnin. - Foto Bernama
Penduduk membersihkan halaman rumah selepas air mulai surut ketika tinjauan Kampung Tersang, Rantau Panjang, pada Isnin. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Situasi banjir di Kelantan menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa setakat jam 12 tengah hari Rabu merekodkan penurunan manakala jumlah mangsa di Terengganu, Sarawak dan Sabah pula kekal.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dalam kenyataan berkata, jumlah mangsa di Kelantan kini berkurangan kepada 17 mangsa melibatkan lima keluarga berbanding 31 mangsa daripada 12 keluarga pagi tadi.

Di Sabah kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir melibatkan 1,589 mangsa daripada 354 keluarga melibatkan tiga daerah.

Di Sarawak masih mencatatkan jumlah 64 mangsa daripada 10 keluarga yang mana mereka ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah.

Di Terengganu, jumlah mangsa banjir melibatkan 53 orang daripada 12 keluarga di sebuah PPS daerah Besut.

Jumlah keseluruhan mangsa banjir di empat negeri berkenaan mencatatkan 1,723 orang melibatkan seramai 381 keluarga pada Rabu setakat jam 12 tengah hari.

Artikel Berkaitan: