Kumpulan KK, Lembaga Pelancongan Nepal promosi pelancongan

Chai (tiga dari kanan), Dhananjay Regmi (dua dari kiri) dan King Sing (empat dari kiri) bersama tetamu yang hadir selepas menandatangani memorandum kerjasama untuk mempromosikan industri pelancongan Malaysia dan Nepal.
Chai (tiga dari kanan), Dhananjay Regmi (dua dari kiri) dan King Sing (empat dari kiri) bersama tetamu yang hadir selepas menandatangani memorandum kerjasama untuk mempromosikan industri pelancongan Malaysia dan Nepal.
A
A
A

KUMPULAN KK dan Lembaga Pelancongan Nepal menandatangani memorandum kerjasama dalam mempromosikan aktiviti pelancongan dua hala di antara Malaysia dan Nepal.

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK, Datuk Seri Dr K K Chai berkata, kerjasama itu bertujuan untuk membantu mempromosikan industri pelancongan Malaysia di negara itu kerana ciri-ciri kebudayaan dan kaum Malaysia sangat sesuai untuk pelancong dari Nepal.

“Kami berharap syarikat swasta lain juga dapat membantu industri pelancongan negara pada masa ini untuk mempromosikan keunikan Malaysia kepada pelancong luar negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Chai dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Nepal, Dhananjay Regmi menandatangani memorandum tersebut dan disaksikan oleh oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Nepal, Suresh Adhikari dalam satu majlis, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Duta Nepal ke Malaysia, H E Dilli Raj Poudel, Pengerusi Eksekutif Nepal Airlines Corporation, Ubaraj Adhikari dan Pengerusi Eksekutif Grand Paradise Holdings Sdn Bhd, Datuk Pardip Kumar Kukreja.

Sementara itu, King Sing berkata, pelancongan adalah sektor yang terjejas semasa wabak Covid-19.

“Selepas negara-negara di seluruh dunia secara beransur-ansur membuka semula pintu negara, industri pelancongan negara kita telah menunjukkan peningkatan.

“Saya yakin industri pelancongan akan membantu ekonomi Malaysia pulih daripada kegawatan,” katanya.

Artikel Berkaitan: