City tak akan beli pemain baharu

Guardiola
Guardiola
A
A
A

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola menegaskan pasukan itu tidak akan membeli pemain baharu pada jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari.

Menurut Guardiola, dia sudah berpuas hati dengan barisan pemain sedia ada dan yakin mampu mengekalkan rentak cemerlang sehingga penghujung musim.

"Tidak, saya rasa tidak. Saya fikir kita akan menyelesaikan saingan liga dengan pemain yang ada. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi nanti.

"Tapi sejak saya kembali dari Abu Dhabi, tiada nama pemain yang dibawa ke perhatian pengurusan tertinggi kelab," katanya.

Juara lima kali Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sememangnya dikenali sebagai pasukan yang sering berbelanja besar ketika jendela perpindahan dan membawa masuk pemain seperti Erling Haaland, Julian Alvarez, Kalvin Phillips, Manuel Akanji, Sergio Gomez dan Stefan Ortega Moreno pada musim lalu.

Beberapa pemain juga dikaitkan dengan City pada jendela perpindahan kali ini termasuk bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Bellingham dinilai mampu menambah kekuatan bahagian tengah City untuk mengharungi saingan liga musim ini.

Artikel Berkaitan: