Lelaki berlagak samseng jalanan diberkas

Tangkap layar video tular turut memaparkan lelaki terbabit memegang sebatang rotan dalam kejadian di SS 8/2, Petaling Jaya pada Jumaat.
Tangkap layar video tular turut memaparkan lelaki terbabit memegang sebatang rotan dalam kejadian di SS 8/2, Petaling Jaya pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - [KEMAS KINI] Tindakan seorang lelaki memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di sini membawa padah apabila suspek diberkas pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu yang bekerja sebagai pemandu van ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di tepi jalan Sungai Penchala di sini.

"Suspek yang berumur 31 tahun itu ditahan pada jam 3.20 petang bagi siasatan berkaitan tindakannya menerusi satu video yang tular pada Jumaat.

"Suspek direman tiga hari bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Pada Jumaat, seorang pemandu kereta berlagak samseng dengan memberhentikan kenderaannya di tengah Jalan SS 8/2, di sini.

Kejadian tersebut telah dikesan melalui satu video tular berdurasi dua minit 20 saat di aplikasi Twitter yang memaparkan tindakan lelaki terbabit.

Suspek turut mengeluarkan sebatang rotan panjang dari kenderaannya ketika kejadian.

Artikel Berkaitan: