Tiga diberkas, remaja hilang diselamatkan

Laporan Sinar Harian pada Isnin. (Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
Laporan Sinar Harian pada Isnin. (Gambar kecil: Wan Kamarul Azran
A
A
A

SEPANG - [DIKEMAS KINI] Gadis yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah inap desa baru-baru ini berjaya diselamatkan polis di sebuah kondominium di Seksyen 13, Shah Alam, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, serbuan pertama di kondominium terbabit berjaya menahan dua individu terdiri seorang lelaki berusia 19 tahun dan perempuan berusia 18 tahun.

Katanya, mangsa iaitu Salsabila Putri Md Nasir, 13, berjaya diselamatkan.

"Susulan itu, pada hari yang sama kira-kira jam 9.30 malam, seorang lagi lelaki berusia 21 tahun berjaya ditahan di sebuah pusat beli-belah di Seksyen 13, Shah Alam.

"Polis telah merampas tiga telefon bimbit, dua helai baju, dua helai seluar, dua topi keledar serta sebuah motosikal jenis Yamaha R15 warna hitam yang digunakan semasa kejadian," katanya pada Rabu.

Beliau berkata, semakan mendapati tiga suspek terbabit tidak memiliki rekod jenayah.

Menurutnya, soal siasat awal dua suspek lelaki mengaku terlibat dalam kes melarikan mangsa (Salsabila).

"Dua lelaki ini mengaku menaiki motosikal ke rumah inap desa di Sepang untuk bertemu dengan mangsa. Kemudian, seorang daripada mereka membawa mangsa menaiki kenderaan e-hailing," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan.

Tambah Wan Kamarul Azran, siasatan awal mendapati mangsa telah berkenalan dengan teman lelakinya itu sejak tiga tahun lalu melalui media sosial Instagram. Tindakan melarikan mangsa juga disyaki bermotifkan cinta.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 361 Kanun Keseksaan.

"Dua suspek lelaki kini direman tiga hari bermula Rabu manakala suspek wanita direman dua hari untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan, kehilangan Salsabila Putri di sebuah rumah inap di Taman Salak Maju, Sepang itu disedari pada jam 2.30 pagi, 25 Disember.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan inap desa itu mendapati, Salsabila Putri keluar rumah dengan berpakaian serba hitam dan berjumpa dengan seorang lelaki, yang membawa remaja itu keluar daripada kawasan perumahan tersebut.