Remaja perempuan hilang selepas keluar dari homestay

Salsabila Putri dipercayai hilang sejak Ahad selepas keluar dari homestay di Taman Salak Maju di sini.
Salsabila Putri dipercayai hilang sejak Ahad selepas keluar dari homestay di Taman Salak Maju di sini.
A
A
A

SEPANG - Seorang remaja perempuan dipercayai hilang sejak Ahad selepas keluar dari homestay di Taman Salak Maju di sini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, laporan dibuat abang mangsa ketika menyedari adiknya, Salsabila Putri Md Nasir, 13, tiada di homestay yang disewa bersama keluarganya itu kira-kira jam 2.30 pagi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, Salsabila keluar dari rumah tersebut dengan berpakaian serba hitam dan dilihat menaiki sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Abangnya cuba menghubungi Salsabila beberapa kali namun tidak berjaya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya, abangnya turut mendakwa Salsabila banyak mengenali rakan menerusi permainan dalam talian.

Abang mangsa bersama keluarga turut cuba mencari mangsa di sekitar lokasi namun tidak berjaya menemuinya.

"Selain itu, abang Salsabila turut menghubungi rakan adiknya yang berada di Pulau Pinang namun tiada seorang yang tahu di mana adiknya itu berada," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

Artikel Berkaitan:

"Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya.