Banjir di Besut tidak berubah

Keadaan banjir di Besut tidak berubah dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah itu setakat jam 8 pagi Rabu.
Keadaan banjir di Besut tidak berubah dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah itu setakat jam 8 pagi Rabu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan banjir di Besut tidak berubah dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah itu setakat jam 8 pagi Rabu.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebanyak 12 keluarga kekal berlindung di Masjid Kampung La yang mula diaktifkan selepas banjir melanda kawasan tersebut.

"Seramai 53 penduduk masih ditempatkan di masjid itu.

"Keadaan cuaca sekarang cerah dan maklumat berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Banjir yang melanda negeri ini pada minggu lalu menyebabkan lebih 40,000 penduduk terjejas di lapan daerah dipindahkan ke PPS.

Bagaimanapun, penduduk sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing secara berperingkat susulan cuaca cerah.

Semua PPS yang dibuka di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman telah ditutup sepenuhnya.

Artikel Berkaitan: