Jalan sesak 8.5km akibat kemalangan lima motosikal berkuasa tinggi

Kemalangan melibatkan Lima motosikal berkuasa tinggi menyebabkan kesesakan 8.5km pada Selasa. - Foto FB Lebuhraya Pantai Timur
Kemalangan melibatkan Lima motosikal berkuasa tinggi menyebabkan kesesakan 8.5km pada Selasa. - Foto FB Lebuhraya Pantai Timur
A
A
A

GOMBAK - Satu kemalangan membabitkan lima motosikal berkuasa tinggi berlaku di Kilometer (KM) 26.5 hala barat (Genting Sempah ke Gombak) menyebabkan kesesakan 8.5km dari KM35 sehingga ke lokasi kemalangan pada Selasa.

Lebuhraya Pantai Timur di Facebook memaklumkan lorong perlahan dan tengah masih boleh dilalui kenderaan di lokasi kejadian.

Kelihatan anggota bomba sudah berada di lokasi kejadian memadamkan kebakaran pada kenderaan terbabit.

Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, lorong kiri dan tengah sudah dibuka untuk penguna.

Antara motosikal yang dipercayai terlibat dalam kemalangan di KM26.5 hala barat (Genting Sempah ke Gombak). - FB Lebuhraya Pantai Timur
Antara motosikal yang dipercayai terlibat dalam kemalangan di KM26.5 hala barat (Genting Sempah ke Gombak). - FB Lebuhraya Pantai Timur

Sehubungan itu, pengguna lebuh raya dinasihatkan memandu dengan berhemah dan mematuhi arahan petugas di lokasi.

Artikel Berkaitan: