Tunda aktiviti 'outdoor' di musim tengkujuh

Tourism Selangor turut berkongsi gambar aktiviti White Water Rafting Kuala Kubu Baru.
Tourism Selangor turut berkongsi gambar aktiviti White Water Rafting Kuala Kubu Baru.
A
A
A

SHAH ALAM - Orang ramai khususnya penggemar aktiviti ‘outdoor’ dinasihat menunda aktiviti seperti mendaki dan berkelah di kawasan berisiko pada musim tengkujuh.

Tourism Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, aktiviti berkenaan boleh menyebabkan penggemar aktiviti itu sesat di dalam hutan, terperangkap dalam tanah runtuh atau banjir.

“Tanpa pengetahuan tentang kawasan dan maklumat tentang musim tengkujuh yang mencukupi, pelancong boleh terdedah kepada risiko berkenaan,” kata Tourism Selangor dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Tourism Selangor turut meminta semua pihak mengambil iktibar daripada tragedi tanah runtuh di Batang Kali dengan mengambil langkah berjaga-jaga apabila merancang percutian.

“Ibu bapa sangat digalakkan untuk mengingatkan anak-anak mereka bagi menjauhi kawasan-kawasan ini,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Monsun Timur Laut melanda negara bermula pertengahan November sehingga Mac tahun depan yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah, sungai dan air terjun.

Artikel Berkaitan: