Klinik desa beroperasi 25 tahun ditutup sebab kurang pesakit

Sivanesan (dua dari kiri) bersama ADUN-ADUN kerajaan menunjukkan gambar Klinik Desa Batu 8, Tanjung Tualang ketika sidang akhbar pada Selasa.
Sivanesan (dua dari kiri) bersama ADUN-ADUN kerajaan menunjukkan gambar Klinik Desa Batu 8, Tanjung Tualang ketika sidang akhbar pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Klinik Desa Batu 8, Tanjung Tualang, Kampar yang beroperasi sejak 25 tahun lalu akan ditutup secara rasmi mulai Januari 2023 disebabkan kehadiran pesakit yang rendah.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India, A Sivanesan berkata, permohonan penutupan tersebut dibuat oleh Jabatan Kesihatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak kepada Kementerian Kesihatan.

Menurutnya, penutupan tersebut dipersetujui Kementerian Kesihatan setelah menimbang alasan yang dikemukakan pihak JKN Perak antaranya ialah purata kedatangan pesakit harian yang rendah iaitu tiga hingga empat orang sehari dan liputan populasi yang rendah.

"Perkhidmatan kesihatan Klinik Desa Batu 8 ini akan dipindahkan ke fasiliti kesihatan berdekatan iaitu di Klinik Kesihatan Tanjung Tualang yang dapat memberikan perkhidmatan lebih menyeluruh kepada masyarakat setempat.

"Bangunan Klinik Desa Batu 8 sedia ada akan digunakan bagi tujuan penempatan perkhidmatan Pasukan Kesihatan Sekolah Klinik Kesihatan Tanjung Tualang memandangkan lokasi berhampiran dengan sekolah yang dilawati," katanya ketika sidang akhbar di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Sivanesan berkata, permohonan penutupan klinik desa berkenaan telah mendapat persetujuan daripada ketua masyarakat dan penduduk setempat.

Jelasnya, penutupan klinik-klinik desa berkenaan bukan sahaja berlaku di Perak tetapi berlaku di tempat lain.

Beliau berkata, keputusan untuk menutup klinik desa berkenaan bukanlah perkara main-main sebaliknya dibuat dengan teliti mengambil kira pelbagai faktor.

Artikel Berkaitan: