Dasar galak import perlu diubah: Tun M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat ruangan pameran berkenaan industri kejuruteraan rel semasa hadir pada pembukaan Pameran dan Pertunjukan Teknologi Serta Inovasi Kejuruteraan Rel Tempatan Terbesar (TECHNOMART REL 2019) di Kumpulan Kerjasama Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) hari ini.- Foto Bernama

A
A
A

CYBERJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat cenderung menggalakkan import daripada eksport perlu diubah.

Ini, katanya, mungkin melibatkan perubahan dalam sistem cukai.

“KIta malah tidak berkhidmat kepada negara kita, jadi kita perlu ubah dasar kerajaan.

“Ia akan membabitkan penstrukturan semula cukai yang melibatkan industri tertentu,” katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan menimbangkan pengurangan cukai bagi industri rel pada sesi soal jawab pada program Technomart Rel 2019 di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, walaupun kerajaan boleh menukar dasar untuk mengurangkan cukai, ia tidak boleh memaksa rakyat untuk membeli produk tempatan.

“Anda boleh bawa kuda ke air tetapi anda tidak boleh paksanya minum air itu,” katanya.

Menjadikan kereta keluaran tempatan sebagai contoh, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia cenderung untuk memandang rendah pencapaian mereka sendiri, dan menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia dapat mencontohi rakyat Jepun dalam membeli produk mereka sendiri.

Artikel Berkaitan:

“Jika anda memilih produk tempatan, lama kelamaan kualiti produk itu akan bertambah baik, tetapi jika anda tidak menggalakkan produk tempatan dan anda membeli produk import, tiada peluang untuk produk kita mencapai standard antarabangsa,” katanya.- Bernama