OKU maut ketika melintas jalan

Seorang lelaki OKU maut ketika melintas jalan dalam kejadian di jalan Pasir Mas-Tanah Merah berdekatan Masjid Kelar, Pasir Mas pada Sabtu.
Seorang lelaki OKU maut ketika melintas jalan dalam kejadian di jalan Pasir Mas-Tanah Merah berdekatan Masjid Kelar, Pasir Mas pada Sabtu.
A
A
A

PASIR MAS - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) maut ketika melintas jalan dalam kejadian di jalan Pasir Mas-Tanah Merah berdekatan Masjid Kelar di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian pada jam 8.45 malam, mangsa, Zulkiffli Ab Ghani, 62, yang merupakan OKU mental maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika sebuah kereta jenis Mercedes Benz yang dipandu oleh seorang ahli perniagaan berusia 67 tahun dari arah Pasir Mas menghala ke Kampung Kangkong untuk pulang ke rumah.

"Setiba di lokasi kejadian, mangsa tiba-tiba dikatakan melintas jalan secara melulu .

"Disebabkan jarak yang terlalu dekat, ahli perniagaan tersebut tidak sempat mengelak dan hanya membrek lalu melanggar mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, akibat dari pelanggaran itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan maut di tempat kejadian.

Ujarnya, kemalangan dipercayai berpunca daripada pejalan kaki yang cuai ketika hendak melintas jalan sehingga dilanggar dan maut di tempat kejadian.

Mohd Nasaruddin berkata, bagaimapun siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasatan bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Artikel Berkaitan: