Tawar RM4.42 juta untuk jubah Messi

Emir Qatar memakaikan jubah kepada Messi sambil diperhatikan Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika majlis penyerahan trofi dan medal Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail.
Emir Qatar memakaikan jubah kepada Messi sambil diperhatikan Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika majlis penyerahan trofi dan medal Piala Dunia 2022 di Stadium Lusail.
A
A
A

SEORANG ahli Parlimen Oman menawarkan Lionel Messi AS$1 juta (RM4.42 juta) untuk jubah dipakainya selepas Argentina muncul juara Piala Dunia Qatar 2022 mengalahkan Perancis dalam aksi final.

Jubah tradisional Arab yang biasanya dipakai ketika majlis istimewa dan upacara seperti perkahwinan dan acara keagamaan, disarungkan kepada Messi ketika majlis penyampaian trofi dan medal di Stadium Lusail pada awal pagi Isnin lalu.

Messi kemudiannya terus menjulang trofi dengan memakai jubah berkenaan menyebabkan sesetengah pihak mengkritik penganjur kerana dikatakan cuba 'merompak' saat indah Argentina.

Namun, seorang peguam yang juga Ahli Parlimen Oman, Ahmed Al Barwani tampil mengejutkan ramai pihak apabila sedia membeli jubah berkenaan.

"Daripada Kesultanan Oman, saya mengucapkan tahniah kepada anda kerana memenangi Piala Dunia Qatar 2022.

"Jubah Arab, simbol kesatria dan kebijaksanaan. Saya tawarkan anda AS$1 juta bagi jubah itu," kata Ahmed di laman sosial Twitter pada Jumaat.

Ahmed berkata, dia sedia berbincang lebih lanjut mengenai hasratnya itu selepas melihat Messi memakai jubah itu yang disarungkan oleh Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.

"Saya berada di stadium menyaksikan saat itu secara langsung apabila Emir Qatar memberikan Messi jubah itu. Saat itu ia memberitahu dunia bahawa kami ada di sini, dan inilah budaya kami," ujarnya.

Artikel Berkaitan: