Penghantar makanan ditahan ragut rantai emas

Suspek yang ditahan kerana disyaki meragut rantai emas di Sultan Abdul Samad pada Jumaat. Gambar kecil: Rantai emas yang diragut suspek.
Suspek yang ditahan kerana disyaki meragut rantai emas di Sultan Abdul Samad pada Jumaat. Gambar kecil: Rantai emas yang diragut suspek.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang penghantar makanan ditahan kerana disyaki meragut rantai emas milik seorang lelaki di Jalan Sultan Abdul Samad di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian pada jam 1.50 petang, suspek berusia 27 tahun itu menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 telah meragut rantai mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, mangsa kemudian telah bergelut dengan suspek sehingga menyebabkan motosikal ditunggangnya hilang kawalan lalu melanggar sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan berhampiran.

"Mangsa berjaya merampas kembali rantai leher miliknya serta menahan suspek.

"Mangsa telah menghubungi anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: