Phillips bukan cedera tapi 'gemuk'

Phillips belum bersedia diturunkan dalam saingan EPL kerana berat badan berlebihan selepas kembali dari Piala Dunia. Foto Agensi.
Phillips belum bersedia diturunkan dalam saingan EPL kerana berat badan berlebihan selepas kembali dari Piala Dunia. Foto Agensi.
A
A
A

PEMAIN tengah England, Kalvin Phillips kembali daripada Piala Dunia dengan 'badan berisi' dan tidak bersedia untuk diturunkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perkara itu disahkan oleh jurulatih Manchester City, Pep Guardiola.

"Dia tidak cedera, tetapi kembali dengan berat berlebihan.

"Saya tidak tahu (kenapa). Dia tidak berada dalam keadaan yang baik untuk turun berlatih dan bermain," ujar Guardiola.

Pemain berusia 27 tahun itu melalui musim yang mengecewakan kerana mengalami kecederaan bahu sejak tiba di Stadium Etihad dari Leed Uniteds.

Phillips bagaimanapun dipilih oleh Gareth Southgate untuk mewakili England di Piala Dunia, tetapi hanya beraksi selama 40 minit setelah disingkirkan Perancis dalam aksi suku akhir.

Pasukan tangga kedua, City yang kembali ke aksi EPL di Leeds awal pagi Khamis dijangka sekali lagi tanpa Phillips yang jelas mengecewakan pengurusnya.

"Kerana itu dia tidak boleh bermain. Apabila dia sudah bersedia, dia akan bermain kerana kami amat memerlukannya," ujar Guardiola.

Artikel Berkaitan:

Mengulas sama ada dia kecewa melihat Phillips pulang dalam keadaan seperti itu, Guardiola memberitahu; "Ia perbualan secara peribadi dengan Kalvin."

FA England dan wakil Phillips, ICM Stellar Sports, enggan mengulas mengenai komen Guardiola.

City menyasarkan untuk menang gelaran liga kelima dalam enam musim terakhir.

The Citizens akan menyambung semula saingan EPL selepas ketinggalan empat mata di belakang Arsenal.

Mereka kembali ke rentak kemenangan selepas rehat Piala Dunia selepas menumpaskan Liverpool 3-2 dalam saingan Piala Liga pada Jumaat.