Banyak faktor peningkatan kes Covid-19 di China

Warga emas paling banyak dijangkiti penyakit berkaitan pernafasan di Beijing. - AFP
Warga emas paling banyak dijangkiti penyakit berkaitan pernafasan di Beijing. - AFP
A
A
A

BEIJING - Pakar kesihatan menyatakan pelbagai faktor telah menyebabkan peningkatan kes Covid-19 di Beijing, ketika peningkatan penyakit berjangkit berkaitan pernafasan semasa musim sejuk.

Ketua Jabatan Perubatan Pernafasan dan Penjagaan Kritikal di Hospital Beijing, Li Yanming berkata, segelintir pesakit warga emas mengalami gejala teruk selepas dijangkiti varian Omicron, tetapi pulih selepas mendapat rawatan.

Naib Presiden Hospital Beijing Chao-Yang, Tong Zhaohui, berkata, pihaknya menerima purata pesakit 350 hingga 400 orang yang demam dan 500 pesakit kecemasan setiap hari sejak kebelakangan ini.

Pegawai di Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Jiao Yahui berkata, Kerajaan China menyediakan kemudahan perubatan merawat kes teruk ketika negara itu menyaksikan lonjakan pesakit Covid-19.

Antaranya, hospital gred tiga yang menyediakan pelbagai kemudahan perubatan termasuk merawat pesakit yang teruk dijangkiti wabak itu.

Hospital ini menjadi keutamaan dalam sistem penggredan di China. Ini kerana mempunyai katil banyak selain menyediakan perkhidmatan yang komprehensif. - Agensi.

Artikel Berkaitan: