Nekad berpindah sendiri ke PPS

Muhammad Syazli
Muhammad Syazli
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang mangsa banjir di Terengganu mendedahkan bahawa beliau sekeluarga nekad untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) apabila bahagian dapur rumahnya mula dinaiki air pada Selasa lalu.

Muhammad Syazli Sulaiman mendedahkan, kejadian banjir kali ini menyebabkan beliau terpaksa berlindung di PPS buat kali pertama.

“Nak tak nak kita kena pindah walau macam mana pun. Walaupun saya dah bersedia dan barang-barang sudah angkat tapi yang berat macam peti sejuk dan mesin basuh terpaksa kena tinggalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Sinar Live bertajuk ‘Banjir: Kenapa Macam Tak Bersedia?’ yang turut disertai Pakar Hidrologi dan Banjir Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Edlic Sathiamurthy sebagai panel manakala Fahiz Ariff bertindak sebagai hos yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Jumaat.

Muhammad Syazli kini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gong Badak, Kuala Nerus.

Beliau turut menganggarkan kerugian lebih RM3,500 termasuk barang elektrik dan perabot akibat kejadian terbabit.

Ujarnya, banjir di kawasan rumahnya juga pada masa ini telah mula beransur surut.

“Saya dah dua kali pergi ke rumah tengok suasana macam mana. Keadaan banjir dah berunsur surut,” katanya.

Artikel Berkaitan: