'Pulangkan hak saya...'

Faisal meraikan jaringan gol pertama Malaysia ketika perlawanan menentang Myanmar dalam aksi Kumpulan B Piala AFF di Stadium Thuwunna, baru-baru ini.
Faisal meraikan jaringan gol pertama Malaysia ketika perlawanan menentang Myanmar dalam aksi Kumpulan B Piala AFF di Stadium Thuwunna, baru-baru ini.
A
A
A

“KITA diam orang ingat kita tiada masalah, bila kita bunyi orang kata kita tak pro.”

Itu ciapan bekas tonggak Terengganu FC (TFC), Faisal Halim di laman media sosialnya yang mendapat reaksi para penyokong bola sepak negara.

“Pulangkan hak saya, mana boleh ambik hak orang tanpa beri tahu apa-apa...

“Ikut akta mana ya? Jangan ingat kita diam kita tak kisah, dalam contract (perjanjian) pun tiada benda tu, guna kuasa mana ya,#pulangkanhaksaya,” ciapan pemain berusia 24 tahun tersebut.

Status dimuat naik Faisal yang memperkuatkan cabaran Selangor FC bagi saingan Liga Malaysia 2023 mendapat reaksi pengikut di laman sosialnya.

“Saya tiada mempunyai apa-apa masalah dengan penyokong TFC berkenaan isu terbabit

“Kita tunggu siapa yang benar, saya tiada masalah dengan fans (penyokong), saya tetap hormat fans,” ujarnya.

Untuk rekod, Faisal kini sedang menggalas cabaran Malaysia dalam kempen Piala AFF 2022.

Artikel Berkaitan: