Mangsa banjir di Terengganu terima bantuan RM1,000

Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Setiap mangsa banjir berdaftar di Terengganu akan mendapat bantuan tunai RM1,000 manakala keluarga mangsa korban banjir menerima RM10,000.

Bantuan itu dimaklumkan menerusi hantaran di media sosial Facebook rasmi Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada Jumaat.

"Untuk meringankan bebanan yang dihadapi mereka, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan khas tunai sebanyak RM1,000 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar banjir di negeri Terengganu.

"Bantuan RM10,000 pula akan diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia disebabkan banjir pada kali ini sebagai rasa simpati dengan apa yang telah terjadi, " jelas kenyataan itu.

Selain itu, menurut kenyataan tersebut, bantuan lain akan turut diteliti oleh kerajaan negeri bagi membantu meringankan bebanan mangsa banjir yang terkesan.

"Bantuan lain seperti membaiki kerosakan rumah, membina kembali rumah rosak dan lain-lain kerosakan infrastruktur akan dilaksanakan setelah mendapat maklumat penuh selepas penilaian, insya-ALLAH," jelasnya.

Ahmad Samsuri sebelum itu melawat mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai di Kemaman pada pagi Jumaat.

Ikuti perkembangan semasa mengenai banjir di seluruh negara di sini!

Artikel Berkaitan: