FAF menangi anugerah pusingan ketiga Maxis Awards

Dari kiri: Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, Nitesh Malani, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng, Pengasas FAF, Rick Chee dan Fahmi pada majlis ‘SEBA 2022 Central Grand Awards Presentation Gala’ yang diadakan di Kuala Lumpur.
Dari kiri: Pengerusi Yayasan Usahawan Malaysia, Nitesh Malani, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng, Pengasas FAF, Rick Chee dan Fahmi pada majlis ‘SEBA 2022 Central Grand Awards Presentation Gala’ yang diadakan di Kuala Lumpur.
A
A
A

YAYASAN Food Aid (FAF) memenangi anugerah dalam pusingan ketiga Maxis Awards menerusi inisiatif mereka untuk mengurangkan pembaziran sambil membasmi kelaparan serta malnutrisi, Digitizing Food Aid for the Needy.

Pusingan ketiga Maxis Awards itu telah dianjurkan dengan kerjasama SME and Entrepreneurs Business Awards (SEBA) oleh Yayasan Usahawan Malaysia.

Ketua Pegawai Pemasaran, Maxis, Loh Keh Jiat berkata, setiap siri Maxis Awards, Maxis telah melihat banyak idea berasaskan teknologi yang menarik dan boleh memberi impak positif kepada masyarakat Malaysia.

“Kami kagum dengan pendekatan sistematik FAF untuk mengurangkan makanan terbuang sekali gus mengurangkan kesannya.

“Kami teruja untuk menyokong FAF dengan projek mereka melalui penyelesaian kami, dan berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

FAF menerima anugerah itu yang disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada majlis ‘SEBA 2022 Central Grand Awards Presentation Gala’ yang diadakan di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng.

Beliau berkata, seperti pemenang-pemenang Maxis Awards sebelum ini, FAF akan menerima sehingga RM150,000 dalam bentuk penyelesaian Maxis Business, kepakaran teknikal, geran kewangan untuk mendigitalkan proses perniagaan dalaman mereka serta sokongan pemasaran dan publisiti.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif FAF, Dr Dalphine Ong berkata, menerusi inisiatif food rescue, mereka mengumpulkan makanan yang disumbangkan oleh pengeluar, pengedar, pemborong dan syarikat untuk diedarkan ke rumah kebajikan, pertubuhan sukarelawan, komuniti pelarian dan orang asli, pusat pembekalan serta keluarga B40.

Artikel Berkaitan:

Dalphine berkata, dengan memanfaatkan teknologi dan penyelesaian berpandangan jauh, FAF bertujuan untuk meningkatkan usaha mereka berkhidmat kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“FAF berharap lebih ramai masyarakat boleh mendapat manfaat daripada misi mereka untuk mencetus harapan, sekali gus membasmi kelaparan dan kemiskinan,” katanya.

Beliau berkata, menurut SWCorp, sebanyak 4,005 tan makanan yang masih boleh dimakan, dibuang setiap hari.

“Dengan jumlah ini, seramai 2.9 juta orang boleh makan tiga kali sehari. Oleh itu, kesedaran mengenai kemiskinan makanan adalah keutamaan kami di FAF.

“Oleh sebab inisiatif kami melibatkan banyak pihak berkepentingan, pengurusan inventori dan data serta sumber logistik adalah amat penting bagi operasi perniagaan kami. Bersama dengan Maxis, kami teruja untuk menyelaraskan proses-proses ini dengan berkesan, sekali gus meneruskan usaha dalam food rescue untuk membasmi kelaparan serta kemiskinan,” katanya.

Maxis Awards mengiktiraf, membolehkan dan memperkasa perusahaan sosial Malaysia yang mempunyai idea-idea perniagaan yang cemerlang dan mendorong perubahan bermakna serta mampan dalam komuniti sasaran mereka.

Cadangan yang dikemukakan dinilai oleh panel juri Maxis berdasarkan proses penilaian yang ketat.

Cadangan kemudiannya disenarai pendek berdasarkan tiga kriteria utama – inovasi, peranan teknologi, dan nilai tambahanyang jelas kepada masyarakat baik dari segi ekonomi, sosial, dan/atau persekitaran.

Pemenang akan meraih manfaat daripada penyelesaian digital, sesi perundingan dan promosi yang dibiayai oleh Maxis untuk menghidupkan idea mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Maxis Awards dan untuk membaca tentang pemenang bagi pusingan-pusingan lalu, layari https://www.maxis.com.my/en/maxis-awards/.