DBKL sita barang 'penjaja rambo' sekitar Jalan Raja Laut

DBKL melancarkan operasi membanteras penjaja tanpa lesen atau 'penjaja rambo' di sekitar Jalan Raja Laut di ibu negara di sini pada Khamis
DBKL melancarkan operasi membanteras penjaja tanpa lesen atau 'penjaja rambo' di sekitar Jalan Raja Laut di ibu negara di sini pada Khamis
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melancarkan operasi membanteras penjaja tanpa lesen atau 'penjaja rambo' di sekitar Jalan Raja Laut di ibu negara di sini pada Khamis.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi satu kenyataan memaklumkan, sepanjang tempoh pemantauan yang bermula jam 3 petang, penguat kuasa DBKL bertindak menyita tiga barangan milik penjaja terbabit.

Menurut kenyataan dimuat naik di Facebook rasmi DBKL, tindakan diambil kerana penjaja terbabit dikesan tidak mempunyai lesen untuk berniaga dan menyebabkan gangguan dengan halangan serta menjejaskan kebersihan di laluan-laluan awam utama.

"Tindakan mereka juga menjejaskan aktiviti penjaja berlesen yang menjalankan perniagaan di sekitar lokasi berkenaan.

"DBKL akan meneruskan operasi ini dari semasa ke semasa terutamanya di kawasan tumpuan awam," menurut kenyataan itu.

Pada Isnin, DBKL mengambil tindakan sita terhadap seorang penjaja air di Dataran Merdeka kerana lokasi berkenaan ialah kawasan larangan menjaja kecuali kepada kenderaan saji atau 'foodtruck'.

"Ini untuk memastikan kawasan berkenaan sentiasa bersih," menurut PBT itu.

Artikel Berkaitan: