Dua warga emas maut ATV terbabas masuk parit

Kenderaan ATV yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Seri Gambut Pontian. - Foto JBPM
Kenderaan ATV yang terlibat dalam kemalangan di Kampung Seri Gambut Pontian. - Foto JBPM
A
A
A

PONTIAN - Dua lelaki warga emas maut apabila kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) yang ditunggang mereka terbabas dalam parit di Jalan Kampung Seri Gambut di sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Nanas, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Hairon Nizam Zainal berkata panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.06 malam.

Katanya, seramai enam anggota dan satu jentera FRT dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan ATV telah terbabas ke dalam parit berhampiran.

"Terdapat dua orang mangsa iaitu penunggang dan pembonceng kenderaan ATV tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai lemas.

"Anggota bertindak mengeluarkan mangsa dan memberikan rawatan awal namun tiada tindak balas," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Menurut Hairon, kedua-dua mangsa yang berusia lingkungan 60an itu, telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Pontian untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohamad Shofee Tayib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.