PM jumpa MP KL bincang usaha tangani masalah miskin bandar

Anwar (tengah) ketika melakukan perjumpaan bersama wakli Ahli Parlimen Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara dasar dan usaha untuk mendepani permasalahan miskin bandar di DBKL pada Khamis. Foto: FB Anwar Ibrahim
Anwar (tengah) ketika melakukan perjumpaan bersama wakli Ahli Parlimen Kuala Lumpur bagi membincangkan perkara dasar dan usaha untuk mendepani permasalahan miskin bandar di DBKL pada Khamis. Foto: FB Anwar Ibrahim
A
A
A
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan semua Ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membincangkan beberapa perkara dasar dan usaha untuk mendepani permasalahan miskin bandar.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar berkata, seperti mana yang ditegaskannya sebelum ini, tekad utama pentadbiran ketika ini adalah usaha untuk membantu meringankan beban hidup rakyat.

Pertemuan itu yang berlangsung di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali serta Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

Perdana Menteri berkata, selain itu, beliau juga turut mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi DBKL pagi Khamis.

"Saya mendengar beberapa taklimat serta penerangan terkait pengurusan dan hal ehwal DBKL,” katanya.
Artikel Berkaitan:


Ini merupakan kunjungan kali pertama Anwar ke DBKL sejak beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas. - Bernama