Tanah runtuh: Mayat ditemui hasil pengorekan ekskavator

Empat mayat tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang ditemukan pada Khamis dijumpai hasil kerja pengorekan ekskavator sebelum dibantu K9. - Foto Bomba Selangor
Empat mayat tragedi tanah runtuh di Batang Kali yang ditemukan pada Khamis dijumpai hasil kerja pengorekan ekskavator sebelum dibantu K9. - Foto Bomba Selangor
A
A
A

BATANG KALI - Mayat empat mangsa tanah runtuh di tapak Father's Organic Farm di Jalan Genting, di sini, yang ditemukan pada Khamis dijumpai hasil pengorekan ekskavator.

Timbalan Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, kesemua mangsa dijumpai dalam satu khemah selain barangan peribadi berhampiran.

"Empat mangsa ini dijumpai hasil korekan ekskavator yang menemui satu kawasan perkhemahan.

"Kemudian, Unit Anjing Pengesan (K9) membantu untuk mendapatkan lokasi lebih tepat sebelum kerja pencarian secara manual dilakukan," katanya pada Khamis.

Susulan penemuan empat mayat itu katanya, pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan meneruskan lagi pencarian untuk mengesan baki tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Katanya, operasi akan diteruskan dengan memfokuskan pada sektor C (riverside) dan sektor A (hillview).

Ujar beliau, operasi hari ketujuh diteruskan dengan kekuatan 128 anggota dengan khidmat 11 ekskavator serta tujuh ekor K9 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Empat mayat tersebut ditemukan pada jam 11.04 pagi menjadikan jumlah terkorban dalam tragedi tanah runtuh itu seramai 30 orang.

Artikel Berkaitan: