Tiga maut ditembak di pasar Krismas Strasbourg

Polis kini sedang memburu suspek serangan tersebut.
Polis kini sedang memburu suspek serangan tersebut.
A
A
A

STRASBOURG - PERANCIS. Sekurang-kurangnya maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian serangan tembakan di pasar Krismas di bandar Strasbourg, semalam.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa kini memburu suspek yang melancarkan serangan itu pada jam 8 malam (waktu tempatan) hingga menyebabkan orang ramai lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Menurut jurucakap polis, suspek warga tempatan dikenali sebagai Cherif Chekatt, 29, berjaya melarikan diri walaupun cedera dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

"Penyerang tersebut berada dalam senarai S (ekstremis yang dipantau polis) dan diketahui perkhidmatan risikan sebagai risiko keselamatan berpotensi.

"Kira-kira 350 anggota polis masih ditempatkan di sekitar lokasi kejadian yang turut disokong helikopter, unit elit dan tentera sebagai sebahagian daripada operasi antikeganasan untuk tempoh jangka panjang di seluruh negara," jelasnya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Christophe Castaner berkata, Perancis telah meningkatkan tahap amaran keselamatan kepada 'serangan kecemasan' dengan mengukuhkan kawalan keselamatan sempadan dan pasar Krismas di negara itu untuk mengelakkan risiko serangan copycat atau peniru. - Agensi

Artikel Berkaitan: