Maut ditembak berhampiran balai polis

Seorang lelaki tempatan maut ditembak dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat pada Khamis.
Seorang lelaki tempatan maut ditembak dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat pada Khamis.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang lelaki maut ditembak dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada jam 11.30 malam daripada anggota polis sukarelawan yang bertugas di balai polis terbabit selepas mendengar bunyi letupan.

Menurutnya, anggota terbabit yang bergegas ke lokasi mendapati seorang lelaki tempatan sedang terbaring di bahu jalan dalam keadaan berdarah di bahagian kepala.

"Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Telok Panglima Garang yang hadir ke lokasi kejadian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Seorang lelaki tempatan maut ditembak dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat pada Khamis.
Seorang lelaki tempatan maut ditembak dalam kejadian berhampiran Balai Polis Sungai Jarom, Kuala Langat pada Khamis.

Beliau berkata, pemeriksaan Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor di lokasi telah menemui lima kelongsong peluru selain empat kesan tembakan pada bahagian kepala mangsa.

Katanya, semakan mendapati mangsa berusia 39 tahun mempunyai 13 rekod lampau atas pelbagai kesalahan.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan polis," ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.