Cadangan pembubaran GIACC keputusan tepat - Norman

Gambar kecil: Norman
Gambar kecil: Norman
A
A
A

SHAH ALAM - Peguam, Norman Fernandez berpendapat bahawa cadangan pembubaran Pusat Governans, Intergriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) adalah keputusan yang tepat.

Beliau berkata, ini kerana tugasan yang dijalankan GIACC boleh dilaksanakan oleh kementerian dan jabatan lain, yang disifatkan berlaku pertindihan.

"Saya juga percaya (kerajaan) perlu hentikan (menambah jabatan lain yang sama fungsinya) kerana kita sudah ada satu jabatan khusus.

"Maka jangan pula kita sediakan lagi yang lain. Jadi, sekarang kita mesti pilih untuk menjimat kos," katanya kepada Sinar Harian.

Norman turut berpandangan, sekiranya pembubaran GIACC terjadi, ia tidak akan memberi kesan negatif kepada Penurunan Skor dan Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).

Pada Rabu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan status kedudukan Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibatalkan selain akan meneliti cadangan untuk membubarkan GIACC.

Beliau berkata, ia selepas banyak fungsi GIACC itu didapati berlaku pertindihan antara agensi penguat kuasa iaitu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

GIACC yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Jun 2018 diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah di negara ini.

Artikel Berkaitan: