Dewan Negara lantik ahli Jawatankuasa Pemilih

Ramkarpal Singh, Rais Yatim
Ramkarpal Singh, Rais Yatim
A
A
A
KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Rabu meluluskan usul pelantikan lima ahli Jawatankuasa Pemilih untuk penggal pertama Sidang Parlimen ke-15.

Mereka ialah Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim (pengerusi), Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah, Senator Datuk A. Kesavadas, Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Senator Susan Chemerai Anding.

Usul yang dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Negara.

"Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (2), majlis mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat,” kata Ramkarpal pada persidangan Dewan Negara pada Rabu.



Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat.

Dalam pada itu, Rais menyeru dan berharap pengerusi dan semua ahli jawatankuasa memainkan peranan yang baik bagi memastikan rakyat melihat peranan Dewan Negara lebih fokus dalam hal ehwal memperjuangkan nasib rakyat. - Bernama
Artikel Berkaitan: