PM ke Kelantan esok untuk pantau situasi banjir

Jalan yang menghubungkan Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh ditutup kepada semua jenis kenderaan. -Foto Bernama
Jalan yang menghubungkan Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh ditutup kepada semua jenis kenderaan. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual ke Kelantan pada petang Rabu bagi memantau situasi bencana banjir yang melanda negeri itu.

Menerusi ciapan di Twitter, Anwar berkata, kerajaan akan menyegerakan bantuan kepada mangsa banjir terutamanya di Pantai Timur melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

"Insya-ALLAH, esok saya akan ke pantai timur untuk memantau situasi banjir di sana," ciapnya.

Situasi banjir di Kelantan semakin buruk apabila negeri itu merekodkan peningkatan 1,160 mangsa setakat petang Selasa dengan jumlah keseluruhan adalah 26,513 orang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua mangsa melibatkan 7,379 keluarga itu ditempatkan di 133 pusat pemindahan sementara (PPS).

Artikel Berkaitan: