Lima terbunuh insiden tembakan di Kanada

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan seorang lagi cedera di sebuah unit kondominium di pinggir bandar Toronto pada Ahad, menurut polis.

Polis menemukan ramai mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tembakan di Vaughan, sebuah bandar di utara Toronto, menurut Ketua Polis Wilayah York (YRP) James MacSween pada sidang akhbar.

MacSween berkata, polis menembak mati suspek kejadian, lapor Anadolu.

Siasatan masih di peringkat awal dan pihak polis sedang menghubungi keluarga mangsa untuk memaklumkan mengenai kejadian itu.

MacSween tidak memberikan maklumat lanjut mengenai motif kejadaan dan sama ada suspek adalah penghuni kondominium itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: