Anwar ketuai 222 Ahli Parlimen angkat sumpah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Tambun di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen, pada Isnin. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 222 Ahli Dewan Rakyat pada Isnin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai majlis berkenaan.

Ia kemudian diikuti oleh dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Ahli Parlimen Petrajaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Seterusnya, Ahli Parlimen Seremban yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke diikuti Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang juga Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Penggiliran majlis angkat sumpah itu dimulakan oleh Ahli-Ahli Parlimen kerajaan, didahului barisan menteri dan timbalan menteri diikuti Ahli Parlimen dari blok pembangkang.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat setelah Anwar mengemukakan cadangan mewakili kerajaan manakala Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin mencadangkan bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Johari meraih 147 undian manakala Mohd Radzi dengan 74 undi.

Artikel Berkaitan: