Tanah runtuh: Sukarelawan tidak dibenarkan sertai SAR - KPN

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ditemui media ketika meninjau lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm pada Sabtu.
Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ditemui media ketika meninjau lokasi tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm pada Sabtu.
A
A
A

BATANG KALI - Kawasan tragedi tanah runtuh tidak sesuai untuk orang awam termasuk sukarelawan membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya memahami terdapat beberapa pihak awam yang ingin membantu dalam kerja-kerja SAR ini, namun ia tidak dapat dibenarkan atas pelbagai faktor terutamanya melibatkan soal keselamatan.

"Kita hadkan operasi pencarian ini dengan diketuai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) dan beberapa agensi lain.

"Kawasan yang terlibat ini luas, jadi sekiranya kita memberikan kebenaran dibimbangi penugasan tidak dapat diselaraskan dan menjadi kucar-kacir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika meninjau lokasi tragedi tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini pada Sabtu.

Pada Sabtu, timbul isu berikutan terdapat beberapa pihak yang mendakwa tidak diberikan kebenaran untuk membantu usaha mencari dan menyelamat di kawasan tragedi tapak perkhemahan Father's Organic Farm di sini.

Antara lainnya, tindakan tersebut didakwa berunsur politik.

Artikel Berkaitan: