‘Saya mahu menangis dahulu’

Bapa saudara mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya ketika ditemui pemberita di luar Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.
Bapa saudara mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya ketika ditemui pemberita di luar Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Seorang bapa saudara mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya tidak dapat menahan kesedihan selepas mendapat pengesahan kematian anak saudaranya.

Beliau yang enggan namanya dikenali berkata, dia mengetahui khabar berita kematian tersebut pada pagi tadi dan hadir untuk sesi pengecaman bersama adiknya.

“Saya mahu menangis dahulu. Saya tidak boleh tahan.

“Adik sudah berada di dalam. Kita dapat tahu pagi tadi,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh pada Sabtu.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dilaporkan telah mengeluarkan senarai enam nama mangsa meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.

Lima daripadanya merupakan orang dewasa dengan kesemuanya adalah perempuan manakala seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun.

Artikel Berkaitan: