Tanah runtuh: Suasana pilu selubungi Jabatan Forensik

Ahli keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk melakukan proses pengecaman mayat pada Sabtu. - Foto: Bernama
Ahli keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk melakukan proses pengecaman mayat pada Sabtu. - Foto: Bernama
A
A
A

SUNGAI BULOH - Suasana sayu dan pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh apabila waris keluarga mangsa kejadian tanah runtuh di Jalan Batang Kali - Gohtong Jaya mula hadir sejak awal pagi tadi.

Ada waris keluarga yang hadir menangis teresak-esak menuju ke Jabatan Forensik yang menempatkan mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Turut kelihatan seorang warga emas dipimpin oleh dua orang wanita yang dipercayai ahli keluarga mangsa terlibat.

Sebelum ini, wakil Sukarelawan Yayasan Buddhist Tzu Chi, Tan Chee Wei berkata, daripada apa yang diperkatakan oleh waris, mereka masih lagi berharap bahawa mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh berkenaan masih lagi hidup.

“Semua waris masih kata mereka masih berharap (yang terlibat masih hidup) walaupun sudah tahu beberapa mangsa.

“Ada (juga) keluarga yang telah memberi sampel ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tetapi setakat ini apa yang kami tahu belum dipastikan,” katanya.

Dilaporkan seramai 21 mangsa insiden tanah runtuh di Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat jam 7.10 malam pada Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, setakat ini seramai 12 mangsa belum ditemui.

Artikel Berkaitan: