Sultan Selangor, Tengku Permaisuri ucap takziah keluarga mangsa

Facebook Selangor Royal Office dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.

A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan rasa amat sedih dan simpati atas tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Batang Kali, Hulu Selangor pada Jumaat.

Facebook Selangor Royal Office dalam satu kenyataan memaklumkan Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengutus ucapan takziah kepada semua mangsa dan waris keluarga yang terlibat.

Menurut kenyataan tersebut, Sultan Selangor terkejut dan berdukacita apabila diberitahu mengenai kejadian itu yang telah meragut banyak nyawa.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan 21 mangsa insiden di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali disahkan meninggal dunia setakat jam 7.10 malam pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: