[VIDEO] Tanah runtuh: Mangsa maut cecah 16 orang

Seorang kanak-kanak dibawa ke tempat lebih selamat oleh anggota bomba.
Seorang kanak-kanak dibawa ke tempat lebih selamat oleh anggota bomba.
A
A
A

HULU SELANGOR - Seramai lima lagi mangsa meninggal dunia ditemui dalam kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan berhampiran Father's Organic Farm, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, setakat ini jumlah keseluruhan mangsa yang meninggal dunia adalah 16 orang.

"Berdasarkan rekod terdapat 17 lagi mangsa yang sedang dicari, kita menggunakan kaedah inkubator dan sistem penyodok dalam mencari dan menyelamatkan mangsa," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Jumaat.

Suffian berkata, pada masa ini, kekuatan pasukan penyelamat dari pelbagai agensi keselamatan ditambah membabitkan 15 agensi dan dari segi penugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama membantu adalah Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerak Am (PGA).


Artikel Berkaitan: