Penjawat awam diingat supaya jangan terlalu selesa

Amirudin (dua, kanan) menyampaikan Anugerah APC kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz hari ini.
Amirudin (dua, kanan) menyampaikan Anugerah APC kepada salah seorang penerima pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penjawat awam di Selangor diingatkan supaya jangan terlalu selesa dan dapat meningkatkan prestasi kerja untuk kekal bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, menjelang tahun 2025, Selangor bakal menjadi pesaing utama kepada negara-negara di rantau Asia dan penjawat awam di negeri ini perlu sentiasa bersiap-sedia dalam menghadapi persaingan tersebut.

Beliau berkata, apa yang dinikmati oleh rakyat di negeri ini mungkin tidak akan berkekalan sekiranya penjawat awam terlalu selesa dan alpa dalam menjalankan tugas mereka.

"Kita (penjawat awam) kena sentiasa terbuka dengan meningkatkan prestasi kerja dan berfikiran lebih terbuka untuk bersaing di peringkat lebih tinggi.

"Selangor bangga menjadi negeri terbaik di Malaysia namun apabila di peringkat lebih luas, kita kena bersedia untuk bersaing," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz hari ini.


Amirudin bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz hari ini.
Amirudin bergambar bersama penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2018 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2019 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz hari ini.

Majlis APC 2018 dan AJD 2019 melibatkan penyampaian anugerah kepada 170 orang penerima dari beberapa jabatan antaranya Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata tugas sebagai penjawat awam menuntut pengorbanan yang tinggi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"Untuk menyempurnakan amanah yang dipertanggungjawabkan ini, kita perlu sentiasa mempraktikkan dan menitik beratkan beberapa prinsip asas bekerja seperti ketepatan masa dan fakta, ketelitian serta penyampaian maklumat terperinci dalam pelaksanaan tugas.

"Sekiranya prinsip ini diamalkan, saya yakin dan percaya pentadbiran SUK Selangor mampu menghasilkan modal insan dan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti serta bertaraf dunia," katanya.

Tambah beliau, majlis penyampaian anugerah itu dianjurkan sebagai tanda pengiktirafan kerajaan Selangor dan jabatan terlibat terhadap prestasi kerja cemerlang yang disumbangkan oleh penerima yang dipilih.

"Bagi mereka yang tidak terpilih untuk menerima anugerah ini, bukanlah bermakna anda bukan kakitangan yang tidak cemerlang, namun kita harus faham bahawa dalam pemilihan pasti ada persaingan untuk menjadi terbaik di kalangan yang baik," katanya.