Kementerian Perpaduan Negara beri fokus isu 3R

Aaron Ago melihat dari dekat proses pendigitalan rekod-rekod lama yang menggunakan alat pengimbas berteknologi tinggi ketika lawatan beliau ke Arkib Negara di Wisma Warisan, pada Khamis. - Foto Bernama
Aaron Ago melihat dari dekat proses pendigitalan rekod-rekod lama yang menggunakan alat pengimbas berteknologi tinggi ketika lawatan beliau ke Arkib Negara di Wisma Warisan, pada Khamis. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara akan memberi fokus kepada usaha menangani isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian dan kesejahteraan negara khususnya melibatkan institusi raja, agama dan bangsa (3R).

Menteri berkenaan, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kementerian itu akan bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) susulan terdapat pelbagai isu sensitif yang menyentuh 3R menerusi platform media sosial.

Beberapa hari lepas, kita telah mengadakan mesyuarat bersama KKD sebab mereka yang melihat hari ke hari isu-isu (3R) yang berada di akhbar dan platform media sosial seperti TikTok, YouTube dan lain-lain.

"Kita akan bersama-sama dengan KKD cuba menangani isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan rasmi ke Arkib Negara Malaysia di sini pada Khamis.

Sementara itu, Aaron berkata pihaknya telah merangka beberapa program menerusi agensi di bawah kementerian itu bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat.

"Agensi utama sebelum ini ialah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berada di semua negeri dan sekarang kita mempunyai agensi lain seperti Arkib Negara, Muzium Negara dan Perpustakaan Negara,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: