Agrobank institusi kewangan peruncitan Islam terbaik dunia

Pengerusi IRBA, Dr Humayon Dar (kiri) menyampaikan anugerah kepada Tengku Ahmad Badli Shah (tengah) dan Mohamad Taufik (kiri) pada majlis Islamic Retail Banking Awards (IRBA) ke-8 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
Pengerusi IRBA, Dr Humayon Dar (kiri) menyampaikan anugerah kepada Tengku Ahmad Badli Shah (tengah) dan Mohamad Taufik (kiri) pada majlis Islamic Retail Banking Awards (IRBA) ke-8 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.
A
A
A

AGROBANK dinobatkan sebagai penerima Anugerah Institusi Kewangan Pembangunan Peruncitan Islam Terbaik Dunia atau “Best Islamic Retail Development Finance Institution in the World 2022 Award” di Islamic Retail Banking Awards (IRBA) ke-8 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, anugerah itu membuktikan kemuncak perjalanan transformasi Agrobank sebagai sebuah institusi perbankan Islam penuh sejak tahun 2015.

Menurutnya, anugerah terbabit akan mendorong bank itu untuk terus memenuhi permintaan dan keperluan pasaran yang semakin meningkat.

“Sebagai sebuah institusi perbankan Islam tempatan, Agrobank berbesar hati untuk menerima pengiktirafan antarabangsa yang berprestij ini.

“Kejayaan ini juga merupakan testimoni terhadap keupayaan kami dalam menyediakan produk-produk serta perkhidmatan perbankan Islam yang terbaik, terutamanya bagi produk-produk peruncitan berasaskan syariah, termasuk bagi segmen perusahaan kecil dan sederhana, dan pembiayaan mikro, kepada pelanggan kami,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Agrobank akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah bank Islam yang disegani yang menyokong visi Malaysia dalam menjadi hab ekonomi Islam global.

Ketua Pegawai Strategi Agrobank, Mohamad Taufik Mahamad Zakaria dan lebih 50 pemain industri perkhidmatan kewangan runcit Islam terbaik dari seluruh dunia turut hadir ke majlis anugerah tersebut.

Anugerah berprestij itu memberi pengiktirafan kepada individu dan institusi yang telah menunjukkan komitmen besar dan sumbangan yang signifikan kepada pembangunan, pertumbuhan da kejayaan kepada perbankan peruncitan Islam

Artikel Berkaitan: