Selangor tingkat jaringan jalan raya negeri

Amirudin Shari dan info grafik yang turut dikongsi di laman Facebooknya
Amirudin Shari dan info grafik yang turut dikongsi di laman Facebooknya
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menyediakan suntikan dana berjumlah RM145 juta untuk meningkatkan sistem jaringan jalan raya negeri bagi memberi keselesaan kepada pengguna pada tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, ini meliputi pembinaan jalan baharu serta naik taraf jalan sedia ada secara serentak bagi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

Menurutnya, sebanyak RM40.98 juta akan diagih kepada Jabatan Kerja Raya untuk membina jalan baharu antaranya dari Kampung Sri Indah A ke Hospital Sungai Buloh.

"Jalan lain melibatkan sambungan Sungai Kelambu-Genting Sanyen dan Kampung Ulu Chuchuh ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), yang sedang dalam pembinaan," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Beliau menambah, kerajaan Selangor juga akan melaksanakan pelbagai projek jalan raya serta infrastruktur berkaitan di pelbagai lokasi dan peruntukan ini menjamin ketersambungan sistem jalan raya untuk manfaat pelbagai aktiviti sosial serta ekonomi negeri.

Artikel Berkaitan: